February 10, 2017

i'm in the good hands

bismillah.

setelah tempoh beruzlah tamat, aku rasa ada beberapa perkara yang aku perlu baiki serba-serbi. nak kata berubah secara total tu tak la. aku rasa perubahan yang drastik tu susah untuk dikekalkan terutamanya bagi manusia biasa macam aku yang imannya senipis kulit bawang. aku percaya Allah yang pegang hati kita, makanya apa-apa yang kita rasa tu kebanyakannya datang dari Allah :-)

aku jarang cerita pasal ni dekat blog sebab bagi aku hati manusia ni satu benda yang amatlah complicated, susah untuk dirungkaikan dan dihuraikan dengan kata-kata. cehhhh. macam ni la ek. ceritanya Nurul Nadiah binti Karim ni dah jatuh hati dekat seseorang kah! masalahnya sama macam dulu, dah makin jauh dengan Allah pastu fikiran melayang entah ke mana-mana. bezanya dulu bertepuk sebelah tangan je tu yang sampai menangis-nangis bila nak move on tu hahaha. tapi aku rasa aku menangis tu sebab dia orang pertama yang aku suka lepas keluar daripada 'gua' sharodz kot. kiranya dia tu cinta pertama sebaik sahaja nadiah melangkah ke alam dewasa. hahaha lawak😂😂😂 sekarang pun aku tengok dia makin matang, macam dah ada misi yang jelas dalam hidup dia. baguslah tu lagipun dia dah 20 tahun kot. in shaa Allah, semoga Allah permudahkan urusan dia. ceh, baik tak hati minah heart broken ni kahkah.

pastu---aku rasa salah aku jugak la kot. keras kepala sangat nak nafikan statement 'lelaki dengan perempuan memang tak boleh jadi kawan baik.' pada mulanya aku approve mamat ni dekat twitter sebab aku rasa dia ni tak menakutkan sangat macam  yg lain. plus, dia sama.....so apa la salahnya kan. aku ingat lagi first time dia reply tweet aku, aku tak reply balik pun sbb aku rasa mcm ermmmm???? pastu lama-lama bila dah layan tu dah terbawak sampai hutang budi bawak ke mati pulak lol. perempuan weh perempuan! kau jentik sikit je hati dia, dah mula la tak tentu arah😤 sebab tu aku nasihatkan angah jangan buat baik dekat semua perempuan. never! takpelah biarlah kenangan-kenangan manis semanis...........yang pernah kau kirimkan kepadaku dahulu diabadikan dalam lipatan sejarah seorang nadiah. nanti bolehlah cerita dekat anak yang ummi dia ni ada secret admirer kahkah! perasan😝

but hey, aku tak salahkan diri aku seratus peratus pun. bagi aku, normal la ni ada perasaan suka-menyukai terutamanya waktu kemuncak macam ni. cuma salahnya aku ni tak reti handle perasaan sendiri. fitrah itu kan patutnya diurus, bukan diturut ;) aku bersyukur ada pengalaman macam ni dalam hidup at least dapatlah aku membaca perangai kaum adam sedikit demi sedikit. best!😁 tapi dah-dahlah tu kot. cukup sampai sini je. sebab apa? aku rasa kalau aku nak pasangan yang terjaga hatinya, aku pun kenalah usaha jugak daripada sekarang, kan? kalau betul la aku suka dia sebab Allah aku pun mestilah kena sama-sama tolong dia dengan jihad dia. dan aku dengan jihad aku. kalau dah jodoh tak ke mana terpisahlah antara dua benua sekalipun, kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia! Kun fayaKun :-) aku pun tak nak la jadi perempuan yang 24 jam fikir pasal jodoh pasal suami memanjang. ada banyak lagi benda berfaedah yg aku boleh fikirkan hehehe cakap je pandai tapi tak praktikkan pun >,<

takpelah, aku tetap doakan yang terbaik. semoga Allah permudahkan urusan awak dunia & akhirat. cehhh awak haaa. kalau ada, adalah. dan itu yang terbaik. kalau takde, takdelah. dan itu pun yang terbaik. Ma Qadarallah Khayr💖 Apa yang Allah tetapkan itu baik-baik belaka, kena yakin seyakin-yakinnya!!!

untuk aina, aku harap kau faham & terima keputusan aku ni dengan hati yg terbuka. aku takde niat nak jauhkan diri dari kau ke apa tapi anggaplah ini salah satu usaha aku untuk improve diri aku daripada beberapa aspek. terima kasih atas setiap doa & nasihat yang kau bagi, aku sangat hargai :))) you're indeed my best friend and i hope we'll be neighbour in jannah in shaa Allah amiin😉 aku salah, kau tegur and vice versa, okay? i hope you are doing well in your life dan aku akan cuba jadi pendengar yg baik huuuuu T^T teruskan doa yang baik-baik. aku percaya kau boleh. sebelum buat apa-apa fikir redha Allah dulu okay? ;) semoga Allah tetapkan kita dengan kebaikan sebagaimaa yg sepatutnya amiin <3333


 semoga nadiah karim kuat!
haha k.