March 16, 2017

march

march was a very hectic month, i swear.

bulan dapat segala jenis assignment, latihan rumah sukan, merentas desa, kejohanan olahraga tahunan, training of trainers, minggu presentation, tak tidur malam siapkan assignment dan banyak lagi.

but i'm glad, through ups and down finally i survived. betul lah rahmat Allah tu luas. life is a beautiful struggle, indeed😊

dalam kondisi hati yang tak baik, ibadah fardhu tak sesempurna mana, ibadah sunat tunggang-langgang, hafazan al-quran tak terjaga, hubungan sesama makhluk tak seelok mana, Allah masih sayang, Allah masih bantu, Allah masih permudahkan segalanya.

"Nikmat yang mana satukah yang mahu engkau dustakan?"

😢😢😢

tahun ni aku banyak belajar supaya jangan banyak berkira untuk buat sesuatu perkara. banyakkan buat baik terhadap orang lain tanpa mengharapkan balasan, cuba kikis sifat pentingkan diri sendiri, jangan banyak mengungkit. tolong je selagi mana yang mampu, selagi terdaya. kita tak tahu esok lusa mungkin kita pulak yang perlukan bantuan orang lain. 

pegang kata-kata ni, bila kita tolong orang tak semestinya orang akan tolong kita balik. so, jangan kecewa. tapi janji Allah tu pasti. the help of Allah is indeed near. sentiasa ada dan akan datang pada kita tepat pada masanya, tak pernah cepat atau lambat walau sesaat. Allah akan hadirkan bantuanNya dengan caraNya yang tersendiri. kita sebagai hamba jangan banyak persoalkan itu ini, jangan cepat down, yakin dengan Allah :D

TOT was fun, alhamdulillah. walaupun penat KOT tak habis lagi waktu tu. tapi takpelah ukhwah antara pa1 dgn pa2 makin rapat, sama-sama bersatu hati untuk jayakan kem tu walaupun banyak ujian dan dugaan. kalau ikutkan hati siapa je yang larat pergi dengan penat hari sukan lagi, dahlah jauh dekat ceruk mersing pulak tu. tapi akhirnya? kita dapat satu kepuasan yang tak terhingga once kem tu habis. aturan Allah tak pernah silap, kan? ^_^

terima kasih untuk manusia-manusia yang sentiasa bagi kerjasama, sentiasa faham perangai nadiah karim yang cepat mengamuk, sentiasa bagi semangat (tak kisahlah melalui kata-kata mahupun perbuatan), sentiasa doakan yang baik-baik. sungguh, tak terbalas jasa kalian. jazakumullah khairan kathira. semoga Allah tetapkan kita semua dengan kebaikan sebagaimana yang sepatutnya in shaa Allah amiin! :-)

ada banyak benda yang tak terluah terutamanya soal hati dan perasaan. takpe, apa-apa yang buat kita terkilan, tinggalkan je dalam doa. Allah sebaik-baik pendengar, Allah sebaik-baik pelindung, Allah sebaik-baik perancang, hanya Allah yang mampu menenangkan segala rasa yang ada dalam hati sebab hati kita pun Allah yang pegang ;) it's okay it's alright, nadi fight fight fight!




















terima kasih semua🙆


"tidurlah, lepas kelas agama tadi nampak kau dah macam panda dah. 
nampak la kau penat."

yessss, i'm gonna sleep for a week. adios!