January 27, 2018

untuk aina

p/s; cuba tengok last post aku, dah berkurun aku tinggalkan dunia ni hahaha.

nak kata busy, takdelah busy mengalahkan perdana menteri. but just like i said before, i lost my passion in writing, but in reading? nevaaahhhh. okay tu jelah muqaddimah untuk entry ni hehe.

Assalamualaikum & Hi My Dear Bff Cumi Cumi Prichy Prichy Cikeboom Aina Kaisah 💓

Semoga sihat walafiat hendaknya di samping kawan-kawan tercinta nun jauh di terengganu darul iman sana. Semoga iman awak pun dalam kondisi yang baik-baik sahaja in shaa Allah. Tapi kalau rasa macam ada something wrong somewhere, it's okay. Sifat iman tu sendiri ada turun dan naik, siapalah kita untuk menidakkannya? Cuma yang salah bila kita layan je segala perasaan yang tak sepatutnya ada dalam hati tu. Fitrah itu untuk diurus, bukan untuk diturut💪(ni kira 2 in 1, tazkirahkan diri sendiri jugak sebenarnya)

Sebenarnya aku tahu kau mesti banyak kali terasa dengan aku, sebab yelah macam acuh tak acuh je kan layan kau bila kau cerita apa-apa huhuhu. Percayalah, aku memang fail dalam bab memberi respons yang baik setiap kali orang bercerita. Kadang-kadang bila ibu cerita apa-apa pun, aku macam take time sikit nak bg respons camne eh. Sungguh ni, tak tipu. Tapi kalau nak dengar cerita kau, I'm all ears! I can be your good listener but still...I'm lacking in so many things😔

I just wanna reveal a thing, yang mungkin kau tak tahu kot? Tapi kalau dah tahu, buat-buat tak tahu je laa. Bagilah chance dekat aku kengkonon nak buat surprise, kah! Jeng jeng jeng....


ketua badar baru vs ketua badar lama

Terkejut takkk? Gambar ni masa watikah pelantikan kita jadi BADAR (ha ha ha) dan of course lah kau Ketua Badar kan hehe...pastu cuba teka mana aku dapat gambar ni? kita kan sidang redaksi dulu pastu aku dapat banyak gambar untuk diedit dan dimuatkan dalam majalah sekolah maka---aku telah menyalah gunakan kuasa yang telah diberikan kepadaku; dengan meng'copy-paste' segala gambar  dalam hard disk sekolah yang aku rasa bermanfaat untuk masa hadapan(ceh) ke dalam laptop aku. Haih complicatednya ayat haha padahal benda simple je pun. Okay tu bukan tujuan utama aku letak gambar-gambar ni dekat sini. Gais, sila lupakan point salah guna kuasa tu please. Nadiah ni jujur dan amanah orangnya! 😂

Untuk Aina Kaisah, ketahuilah bahawa...setiap kali aku cakap aku bangga sangat dengan kau masa jadi Ketua Badar dulu, aku betul-betul maksudkannya. Mungkinlah bagi kau aku macam menyindir, macam nak ejek-ejek ke, tapi apa yang kau fikir tu salah sama sekali. Takkanlah aku nak buat ayat-ayat formal dengan kau, ish awkward laa kan. I just want you to know, setiap kali kau pegang mic cakap dekat depan surau, setiap kali kau jalankan tanggungjawab kau especially bila dalam pejabat surau, aku tak nampak Aina Kaisah yang biasa aku gedik-gedik dalam bilik. Kau lain sangat bila masuk dalam watak Ketua Badar, kau profesional jalankan tugas kau. Dan itulah yang menjadi faktor utama aku jauhkan diri daripada kau setiap kali ada perjumpaan BADAR. Aku duduk jauh-jauh, main-main dengan orang lain, buat acuh tak acuh sebab aku  nak biarkan kau blend in dalam watak kau tanpa ragu-ragu, tanpa rasa kekok. Yelah kalau aku menyendeng je dengan kau masa buat kerja mesti kau tak selesa kan hehe. 

Kau selalu cakap kau tak layak untuk jawatan tu, kenapa bukan orang lain je yang jadi? Padahal berlambak lagi geng-geng yang lebih layak, lebih solehah wa muslehah, kenapa mesti kau jugak? Dahlah bukan jawatan yang biasa-biasa. Tapi aku percaya kau dah jumpa hikmahnya, kan? Lama dah benda ni berlalu...tapi aku nak kau ingat satu benda. Allah sebaik-baik perancang; Allah yang pilih kau, bukan orang lain; Allah yang tetapkan perjalanan hidup kau, so there's nothing to regret. Takde satu perkara pun yang layak untuk disesalkan. Dalam usaha kita nak tarbiahkan orang lain, sambil tu Allah bagi kita peluang untuk islahkan diri sendiri. You're doing good, i'm sooo proud of you! 

Little did you know, aku sentiasa bangga dengan pencapaian kau, either it ends good or bad. Aku jadi saksi setiap jatuh bangun kau, aina. Macam mana kau tak boleh terima hakikat dapat jawatan yang seberat ni...tapi akhirnya kau buktikan kau boleh. Macam mana strugglenya kau naik bilik aku setiap malam belajar chemistry sama-sama, buat latihan maths sampai tepu, hadamkan nota-nota arab sama-sama pastu last sekali---kau kutuk aku -_- Kau kata aku beria sangat waktu mengajar peh rasa nak tumbuk je. I know kita jauh berbeza. Mungkin la dalam bab belajar aku lebih sikit daripada kau tapi tak pernah sekali pun terlintas dekat hati aku; yang aku lagi hebat daripada kau. Kau lagi hebat daripada aku sebenarnya. Yes, i admit it aku belajar kejap je pun takpe. Last minute pun still boleh catch up. Esok nak exam, malam tu tidur awal pun takpe pastu 15 minit sebelum masuk dewan pun boleh sumbat macam-macam lagi. Tapi kau bukan macam tu. Kau kena ready awal-awal, kena struggle lebih, kena banyak baca & hafal itu ini tapi jarang sangat kau mengeluh. Aku kagum dengan semangat kau, sangat kagum. Cuma sesekali tu bila kau dah penat sangat, kau akan burst. Kau akan down. But hey, it's okay. Raikan fitrah tu dan bangkit balik. Bangkit dengan penuh gaya! Seek help from Allah, He will surely help you. The help of Allah is indeed near :)

Untuk sem yang terakhir ni, aku harap kau terus bersemangat dalam usaha untuk banggakan diri sendiri, untuk buat mak ayah kau bahagia, untuk capai cita-cita dan impian kau, dan untuk sumbangkan sesuatu untuk ummah. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang dapat beri banyak manfaat & kebaikan untuk orang lain, so be that kind of person. Aina yang aku kenal, tak mudah mengalah, ada azam dan tekad yang tinggi, akan berusaha sedaya upaya untuk dapatkan apa yang dia nak. Ingatlah bila rasa penat sangat, learn to rest not to quit. Kau boleh, kau boleh, kau boleh! Kalau aku percaya dengan kau, kau kena jaaauh lebih percaya dengan diri kau sendiri. It's time for a fresh start💥


We're different and opposite in so many ways; in our backgrounds, with the way we speak and listen, the way we learn and let each other in. And we keep on trying, keep searching for ways, keep talking to each other, trying to understand how and why and what we can do to improve our friendship. Maybe it's better that we're so different, so that we'll never give up on each other. People say that opposites attract, and I believe it's true💘

And please, no more gaduh gaduh yang teruk okay? Penat laaa.... :(

Semoga yang baik-baik je untuk hidup kau in shaa Allah amiin. Jaga diri baik-baik weh dekat sana. Apa-apa ceritalah, aku ada. Aku boleh jadi pendengar yang baik...tapi untuk respons yang baik...sejuta kemaafan ku pinta.... :( Aku harap kau boleh terima kekurangan aku yang satu tu...



#nadikaisi