December 12, 2016

nadi yang hilang

tajuk nak gempak.

tapi, serious la aku pun tertanya-tanya manalah perginya Nurul Nadiah binti Karim yang dulu. aku seakan-akan hilang passion untuk membaca, untuk menulis. jarang la aku boleh fokus pada sesuatu perkara dalam masa yang lama, serious talk. entahlah, aku rasa faktor phone jugak kot. takde kerja je, scroll timeline twitter, bukak tutup whatsapp, scroll instagram, pastu kadang kadang bukak facebook. jenguk tumblr bila tengah down atau nak cari semangat. lifeless sangat.

so beberapa hari ni aku terfikir jugak, time tak cuti merungut kata penat, masa pack sangat, ni hah bila dah dapat cuti panjang merungut jugak. betul la manusia ni tak bersyukur. Allah pun kata dalam al-quran, "sedikit sekali daripada kamu yang bersyukur." :-(

jadi dalam proses muhasabah diri ni, aku terfikir jugak ada sebab Allah takdirkan aku masuk ipg. banyak sangat asbabnya. aku still ingat lagi kata-kata sorang budak cina batch aku ni, nama dia David. muka dia manis la, selalu je senyum. so masa orientasi, lecturer ni panggil dia ke depan and suruh dia cerita apa-apa. then dia cerita sebelum ni dia dah masuk u, UNITAR kot tak silap. course yang dia betul-betul minat tapi tup tup dia dapat tawaran ipg ni. dia pun confuse la nak terima ke taknak. pastu bila dia tanya ayah dia, ayah dia cakap. "Tuhan bagi kamu sesuatu bukan saja-saja. Mesti Dia ada nak kamu buat sesuatu dalam bidang tu." time tu satu dewan jugaklah terdiam. jawapan yang boleh buat kita sebagai seorang muslim, fikir dengan lebih jauh dan mendalam. sia-sia itu bukan sifat-Nya. maka, Allah takkan ciptakan perkara yang sia-sia, Allah takkan sia-siakan setiap usaha kita. percayalah.

so bila aku fikir-fikir balik, ada banyak hikmahnya Allah letakkan aku dalam bidang ni. yang pertamanya, tempat aku belajar pun dekat batu pahat je. takdelah jauh mana. memandangkan aku anak last, ibu dan ayah biasanya sunyi dekat rumah. bila ibu rasa rindu, ibu dengan ayah boleh je datang melawat dari merlimau. 1 jam setengah je pun. kalau aku rasa rindu, aku pun boleh balik rumah cumanya aku malas nak naik bas haha ;P ibu dengan ayah pun tak payah keluar duit banyak sangat untuk aku hantar belajar walaupun ada desas-desus yg elaun akan ditarik balik, tapi teruskan jelah bersangka baik. [لا يكلّف اللّه نفسا الا وسعاها] and one more thing, cuti yang banyak banyak ni boleh aku gunakan untuk berbakti pada ibu dan ayah. yelah, walaupun setakat buat benda yang simple, tak semua orang berpeluang buat benda tu kan. lagipun adik beradik aku semua belajar jauh-jauh, dah bekerja, dah berumah tangga, jadi yang paling lama duduk dengan ibu ayah mestilah aku. so keistimewaannya dekat situ dapatlah berkepit dengan ibu ayah lama-lama berbanding yang lain. ;)

so nadi setiap kali rasa macam eee apa lifeless sangat hidup ni, bacalah balik post ni. jangan pandang orang yang ada dekat atas kita, memang kita takkan bersyukur. pandang yang ada dekat bawah kita. there are so many people out there wanna live a life just like you cuma diorang tak berkesempatan je. kalau bersyukur, Allah tambah lagi nikmat. [Ibrahim :7]  syukur tu ada tiga, melalui lafaz, hati dan perbuatan. ucapkan alhamdulillah, kita akui segala nikmat Allah yang bagi dan melalui perbuatan pulak kita sentiasa bersederhana dalam setiap perkara, merendahkan hati. ingat tu! ;)