November 26, 2016

2016♡


memandangkan hampir setengah tahun mereput dekat rumah sementara tunggu result spm and tawaran upu, tak banyak kenangan untuk tahun 2016 ni melainkan dengan manusia manusia dekat iptho ni la. especially budak kelas sendiri huhu.

setelah 5 tahun menghadap perempuan je dalam kelas, tahun 2016 menjadi saksi bagaimana seorang nurul nadiah struggle untuk hilangkan segala gementar segala gemuruh jiwa saat berurusan dengan lelaki. i thought it was easy at the first place since pengalaman dekat maahad muar dulu dah mematangkan aku tapi sebenarnya tak pun. anyway bersyukur jugak la pergi sana walaupun kalau boleh tak nak ingat dah kenangan tu atas beberapa sebab huhuhuhu.

i still remember the day yg aku kena tulis something dekat kertas then--i was shaking!!! sebab depan tu ada luqman dengan aiman. luqman pulak perasan dan dia tegur the heckkkk. time tu memang arghhhh jangan malukan diri sendiri la nadiah!!! yang kedua pulak, aku tak tahulah apa nasib aku ni memang setiap kali presentation, mesti giliran awal-awal. time gkb, time fiqh, time akidah tapi aku percaya ada hikmahnya tu. tapi betul la orang cakap experience is the best teacher so, sekarang ni aku macam dah boleh la kawal rasa gementar time presentation tu. lagipun, muka muka sama jugak yang aku akan hadap dalam tempoh 4 tahun setengah yang masih berbaki ni so kita lek lek je la.


memandangkan hujung-hujung sem ni kita banyak spend time sama-sama, so ikatan ukhuwwah tu macam dah semakin erat la ecehhh. walaupun baru sem1 ppismp tapi macam macam kita dah buat sama-sama (uisshhh lain macam ayat ni haha) walaupun kelas kita ni macam sekular sikit berbanding kelas pa1 yg lebih menjaga ikhtilat--haha tapi kita pun jaga ikhtilat apa! cuma dalam cara kita sendiri la. eh ada ke macam tu. tapi biarlah. Allah knows, while they didn't know. yang manusia tahu, cuma judge dan terus menghukum. kan? ;)



tipulah kalau tak pernah gaduh! banyak kali kot berselisih pendapat sampai ada satu tahap tu betul-betul tawar hati dengan pak ustaz tu semua >.< tapi lama lama cool la balik sejak kita pergi bermusafir ke yong peng, rengit dan muar. time tu nampak la sebenarnya korang ni boleh diharap dan ada sifat keprihatinan serta kesabaran yang agak tinggi. syabas! ok tak boleh puji lebih lebih nanti next sem buat perangai yang sama balik,huh.



untuk ustazah mumtazah kesayangan saya, terima kasih sebab banyak ajar saya erti bersabar. dekat sini la aku mula sedar, pentingnya untuk kawal kemarahan kita sendiri. api jangan dilawan dengan api. setiap kali aku rasa pissed off, aku terus diam pastu asingkan diri. sebab kalau ikutkan hati, nak je aku berbalas cakap tapi aku tahu tu semua panah-panah syaitan untuk buat kita berpecah-belah. semoga Allah satukan hati-hati kita dan terus tetapkan kita dalam kebaikan sebagaimana yang sepatutnya amiin. sama sama berjaya dunia akhirat in shaa Allah❣:))


❥❤❥❤