December 23, 2016

malas

dulu aku rasa aku bukan introvert. i like hanging out with people.
sekarang aku dah malas nak bercakap. kadang-kadang untuk cakap benda yang penting pun aku fikir dua kali. sebab aku rasa kalau aku bercakap, aku kena fikir balasannya apa blablabla. aku malas.

aku rasa roommate aku banyak kali je terasa hati dengan aku, kot? sebab dalam bilik aku seboleh-boleh  taknak berkomunikasi dengan dia. aku cuma akan bercakap dengan dia bila aku nak pergi mak leha, "nak ikut tak?" memandangkan dia ni jenis yang lambat bersiap, so aku jadi malas nak tunggu lama-lama. kadang-kadang aku cuma akan cakap, "ada nak kirim apa-apa tak?" aku harap dia tahu tu isyarat yang menunjukkan aku malas nak tunggu dia bersiap. cruel, isn't it? 

aku okay je dengan semua orang tapi aku malas nak layan orang yang banyak cakap pastu setiap kali dia cakap tu pehal laa anooying nak mampus? contohnya macam ada sorang budak kelantan ni, dia asyik la tegur aku, "nad..." "nad..." kadang-kadang aku rasa benda tu tak payah tanya, kot? sometimes i wonder why people keep labelling "orang melaka ni kasar, kan? cakap lepas blablabla" dan setiap kali dia cakap macam tu aku rasa nak bangun lepas tu cakap, "eh hellooo, at least mulut kitorang tak secelupar mulut korang. bahasa je lembut, tapi bila cakap tak pernah fikir perasaan orang lain. bergurau macam takde batas." aku harap aku boleh sembur ayat tu dekat muka diorang one fine day. tapi bila fikir-fikir balik, nanti mesti ada yang koyak. aku malas nak layan spesies macam ni so takpelah. just let them be with their shitty thoughts. lagipun azam tahun baru aku nak jadi lebih penyabar. moga-moga.

cakap pasal malas ni, aku harap next sem aku boleh berubah jadi rajin. tak hanyut sangat dengan phone atau bp mall. ataupun sekurang-kurangnnya dapat atasi nafsu tidur yang tak dapat dikawal tu. sampaikan yah boleh buat karangan tentang perangai aku bila mengantuk. tapi aku berterima kasih dekat yah. so that, orang lain pun boleh hadam perangai aku yang satu tu. bila aku mengantuk janganlah buat perangai cepat koyak kau ke, atau apa-apa jelah sebab aku akan lagi utamakan tidur aku. tu je. 

bila baca balik post aku ni, nampak macam aku sorang je yang betul ek? haha.

doakanlah 2017 dapat ubah perangai aku yang satu tu.