October 16, 2016

once again


minggu lepas.

time tu kelas ulum quran & hadis. belajar pasal tajwid. benda basic pun aku dah terkapai-kapai sampai tahap yang tinggi-tinggi tu lagi lah aku lost. time tu rasa down gila. tambah pulak ustaz cakap macam ni "awak semua ni ustaz & ustazah tau, kalau benda ni pun awak tak tahu, sama jelah awak dengan orang awam." aku tahu niat ustaz cakap macam tu, untuk sedarkan kitorang. jangan leka sangat. kalau kitorang sendiri pun tak tahu pasal hukum tajwid ni, janganlah salahkan masyarakat luar bila mereka jadi buta tajwid. diorang buta tajwid sebab diorang takde peluang nak belajar lebih mendalam, yang kita ni? belajar, tapi satu apa pun tak lekat dalam otak. haih.

bila dah lost dalam kelas tu, tiba-tiba je persoalan yang dah lama aku cuba buang jauh-jauh datang balik. dia macam datang pastu berlegar-legar dalam minda. lama jugak aku layan perasaan. "betul ke keputusan kau ni, nadiah?" just imagine after 4 months aku try hidup dalam positivity, aku yakinkan diri aku I'm exactly where I'm supposed to be now, Allah has put me in the right place, tiba-tiba je soalan yang simple tu puffff turn my life gloomy. for your information, masa dapat ipg ni pun aku takde buat istikharah pun. dapat result, malam tu terus call ibu ayah untuk uruskan semua benda. dan secara tiba-tiba aku macam---takut? entahlah, aku tak tahu kenapa bila aku tengok budak opsyen sains belajar, aku jadi jealous. serious tak tipu...rindu nak bersungguh-sungguh hafal formula chemistry, belajar pasal cell dalam bio, fizik tu emm tak rindu sangat. pastu budak jahat dalam otak aku pulak duk comparekan cara opsyen pendidikan islam ni belajar dgn diorang semua. "kuliah 2 jam menghadap muka lecturer all the time dekat masjid, lecturer pun selalu takde, kadang-kadang sedar sedar je dah habis kelas. apa yang kau belajar pun kau tak tahu, kan?"

aku rindu semangat nak belajar sungguh-sungguh tu, kat sini takde. sampai aku rasa aku ada kat tempat yang salah. aku tak salahkan takdir, jauh sekali nak menyalahkan Allah. na'udzubillahiminazzalik. cumanya aku masih mencari hikmah. kenapa antara dua pilihan yang aku pilih untuk masuk ipg, mesti dapat pendidikan islam? kenapa bukan bahasa inggeris? jawapannya kau dah ada nadiah, hari pertama kau jejakkan kaki kat ipg ni lagi. lupa ke ustazah asma cakap apa?

"sebab Allah sayang kamu."

rindu pulak dekat ustazah :( 
ustazah dah selamat lahirkan baby boy!



i'm gonna make you both proud.
kalau bukan dekat dunia, dekat syurga nanti.

ni je la kata kata semangat yang berkesan buat masa ni.